Total Pageviews
Wednesday, 14 March 2012
Planet Nibiru dan Kiamat 2012
Planet Nibiru dan Kiamat 2012 (teks asal)
Beberapa hari belakangan ini media dan masyarakat digemparkan dengan berita kononnya akan berlaku perlanggaran besar antara bumi dan planet Nibiru. Mitos perlanggaran planet Nibiru bukan perkara baru. Sejak beberapa tahun yang lalu sudah terbit beberapa buah buku berkaitan ramalan tentang 2012 ini. Buku-buku ini dikarang oleh penulis kontemporari, menjelaskan pendapat dari banyak pakar dan bidang. Apa yang menarik, buku-buku ini mendapat perhatian umum dan laris seperti pisang goreng panas. Buktinya, ada judul yang berjaya menduduki tangga teratas buku paling laris di rumah-rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.
Individu yang bertanggungjawab pertama kali mengutarakan kisah ini ialah Notramadus, seorang ahli falsafah Perancis pada tahun 1535. Beliau terkenal kerana membuat ramalan mengenai masa depan. Asal perkataan Nibiru diambil dari nama tuhan dalam bahasa Babylon.
Menurut ramalan asal Notradamus, perlanggaran itu sepatutnya berlaku pada tahun 2003. Kemudian ia ditukar kepada tahun 2012 berdasarkan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah. Ini kerana ramalan Notramadus dibuat berdasarkan kalendar ini, dan tarikh kalender ini berakhir ialah pada 21 Disember 2012. Setakat ini sahaja pun sudah menunjukkan betapa fatalnya dakwaan perlanggaran Planet Nibiru. Oleh kerana tidak ada apa-apa berlaku pada tahun 2003, maka ia ditunda hingga tahun 2012. Alasannya mudah, kerana 2012 merupakan tarikh terakhir dalam kalendar.
Ramalan-ramalan tidak berasas begini mendatang kesan buruk yang banyak kepada masyarakat umum dan umat Islam secara khasnya.
Kesan Pertama : Menimbulkan Keresahan Umat Manusia
Pertama, ia akan menimbulkan keresahan di kalangan manusia. Persis seperti mana yang berlaku pada tahun 1999 menjelang tahun 2000. Ketika itu heboh dikatakan tentang virus Y2K. Kononnya semua peralatan elektronik akan mengalami gangguan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia akan melibatkan sistem kerajaan, perjalanan pesawat penerbangan, sistem lalu lintas dan banyak perkara lain lagi.
Kemudian alaf baru pun menjelma, sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan beberapa perkara kecil sahaja yang bersifat teknikal. Ternyata propaganda ini disebar-luaskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti syarikat pengeluar antivirus dan syarikat yang menjalankan selenggaraan sistem.
Namun kita masih belum dapat mengesan apakah agenda disebalik tersebarnya berita perlanggaran Planet Nibiru ini. Apakah produk yang akan dikeluarkan untuk menangani atau menghadapi peristiwa besar ini? Ataukah ada pihak yang akan menyediakan kem perlindungan berbayar atau pesawat untuk menyelamatkan diri seperti yang dilukiskan dalam filem-filem animasi?
Hujjah Ahli Sains Astronomi
Dakwaan dan ramalan tentang ruang angkasa dan apa yang berlaku di luar ruangan atmosfera, mungkin dapat dipercayai ribuan tahun dahulu. Namun pada hari ini, sudah ada satelit dan alat pencerap untuk menyemak kebenaran dakwaan ini.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan, “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”
Tambah beliau lagi, “Dunia mempunyai banyak program pemantauan angkasa dan sistem teleskop kita boleh mengesan benda yang jauh sehingga beribu-ribu tahun cahaya.”
Kenyataan beliau ini disahkan lagi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara. Beliau memberitahu bahawa dakwaan Planet Biru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Planet Biru pun masih diragui.
Kesan Kedua : Merosakkan Akidah Umat Islam
Kononnya perlanggaran Planet Nibiru akan mengakibatkan kerosakan yang besar kepada bumi. Bahkan ada yang mengaitkan ini dengan terjadinya hari kiamat. Sudah ada banyak buku yang berani meggandingkan Kiamat dan tahun 2012.
Ini urusan penting yang membabitkan keyakinan atau akidah umat Islam. Beriman kepada hari Kiamat merupakan satu dari rukun iman yang enam. Jika benar ada manusia yang mengetahui tarikh kiamat, tentulah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) yang paling layak untuk mengetahuinya. Dalam catatan sejarah, Nabi Muhammad tidak pernah meramalkan bila datangnya hari kiamat.
Sahabat nabi bernama Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau) menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan, “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Nabi sendiri tidak diberitahu tentang hari kiamat. Begitu juga dengan makluk yang lain, semuanya tidak mengetahui tarikh kiamat melainkan Allah Yang Maha Esa sahaja. Bahkan malaikat yang ditugaskan untuk meniup trompet hari kiamat pun tidak mengetahui bilakah trompet perlu ditiup. Nabi menjelaskan hal ini dalam satu hadis yang bermaksud,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis Tirmizi, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Tanda-tanda Hari Kiamat Yang Benar
Al-Qur’an dan hadith tidak pernah menetapkan atau menentukan tarikh kiamat secara tepat, namun menyatakan tanda-tanda menjelangnya hari kiamat. Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil menulis sebuah buku khusus membincangkan tanda-tanda hari kiamat, Asyratus Sa’ah (diterjemahkan oleh Pustaka Ibnu Kat
sir dengan judul Hari Kiamat Sudah Dekat). Beliau menjelaskan antara hikmah mengetahui tanda-tanda kiamat supaya umat Islam berusaha untuk tidak terlibat atau berperanan dalam menyemarakkan tanda-tanda kiamat itu. Dan juga menyiapkan bekal amalan sebelum kiamat, baik kiamat besar atau kiamat kecil yakni mati seperti yang dijelaskan oleh Nabi.

Sarjana Islam Al-Allamah Safarini menjelaskan, “Tanda-tanda hari kiamat itu terbahagi kepada tiga bahagian ; satu bahagian telah nampak dan berlaku, satu bahagian sedang berlangsung dan satu lagi belum tiba.Di antara tanda bahagian pertama seperti diutusnya Nabi Muhammad, kematian Nabi, penaklukan Baitul Maqdis serta pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan (semoga Allah redha kepada beliau).
Tanda-tanda lain adalah peperangan yang terjadi antara kaum muslimin, munculnya golongan sesat seperti Khawarij (golongan yang memberontak terhadap pemerintah) dan Rafidhah (Syiah), keluarnya para dajjal yang mengaku nabi, runtuhnya kerajaan Arab, harta yang melimpah, banyaknya terjadi gempa dan gerhana, serta hal-hal lain yang dikhabarkan oleh Nabi sebagai tanda-tanda hari kiamat”.
Perkara ini dijelaskan oleh Dr Soleh Fauzan Al-Fauzan (semoga Allah menjaganya) dalam buku beliau yang bertajuk Al-Irsyad Ila Sahihil Iktikad(diterjemahkan Pustaka As-Sahihah dengan judul Sudah Benarkan Akidah Kita?)
Islam tidak pernah menafikan jangkaan atau ramalan yang dibuat berdasarkan pengamatan pancaindera dan kajian-kajian yang ilmiah. Seperti ramalan kaji cuaca yang dibuat menggunakan cerapan pergerakan awan. Teknologi seperti ini banyak membantu urusan manusia untuk merancang perjalanan dan aktiviti ekonomi.
Yang bertentangan dengan keyakinan dan akidah umat Islam ialah ramalan yang dibuat tanpa berasaskan pengamatan dan asas kajian yang boleh dipertanggung-jawabkan. Idea Notradamus langsung tidak disokong oleh bukti-bukti yang lain. Oleh yang demikian itu, idea perlanggaran Planet Nibiru tidak memberi faedah kepada kemajuan umat manusia dan tidak wajar disebarkan kepada khalayak umum. Di sisi umat Islam, kita mencukupkan diri dengan berita dan khabar yang dibawakan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Mohd Riduan Khairi
KISAH PENEROKAAN ANGKASA LEPAS DAN PENDARATAN DI BULAN DI DALAM AL QURAN
Penerokaan manusia di ruang angkasa telah dimulakan dengan pelancaran Satelit Sputnik dari Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957, yang membawa manusia pertama yang pernah meninggalkan atmosfera Bumi: Angkasawan Soviet Yuri Gagarin.
Pada 20 Julai 1969, Amerika angkasawan Neil Armstrong pula menjadi manusia pertama yang pernah menjejakkan kaki di Bulan.
Al-Quran telah mendedahkan perkembangan dan pencapaian itu satu hari nanti akan menjadi kenyataan. Sebagai contoh, Allah menarik perhatian kita ini di dalam ayat berikut:

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan. ( Surah ar-Rahmaan : ayat 33 )
Perkataan Arab - Sultan, diterjemahkan sebagai "pihak berkuasa yang jelas," mempunyai makna yang lain iaitu berkuat kuasa, kuasa, kedaulatan, kekuasaan, undang-undang, jalan, kebenaran, memberikan cuti, mewajarkan, dan bukti.
Kajian terperinci mendedahkan ayat di atas menekankan bahawa manusia akan dapat bergerak ke kedalaman bumi dan langit, dengan teknologi lebih baik. Besar kemungkinan, ini adalah kuasa unggul teknologi yang lebih tinggi dalam abad kedua puluh, dengan ini ia membolehkan ahli-ahli sains untuk mencapai matlamat.
Firman Allah swt maksudnya :
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya). Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? ( Surah Al-Insyiqaaq : ayat 18-20 )
Selepas merujuk kepada perkataan " Bulan ", ayat-ayat di atas kemudian menunjukkan bahawa orang ramai akan naik secara berperingkat. Perkataan " Tarkabunna " berasal dari kata kerja "Rakiba" , bermaksud : (gunung, berjalan di atas jalan, ikuti, memulakan pada, melaksanakan, mengambil bahagian, atau rukun). Dalam pencerahan makna ini, ia adalah kemungkinan besar kepada ungkapan "anda akan naik secara berperingkat" iaitu merujuk kepada kenderaan yang akan dinaiki.
Malah, kapal angkasa angkasawan melalui setiap lapisan atmosfera satu demi satu, dan kemudian mula melalui medan graviti Bulan. Oleh itu, Bulan hanya dicapai selepas bergerak melalui lapisan demi lapisan.
Di samping itu, kaitan yang ditunjuk oleh ikrar Bulan dalam ayat 18, Surah al-Inshiqaq mengukuhkan lagi penekanan ini, bererti bahawa ayat itu mungkin menjadi tanda bahawa selepas lebih 1300 tahun ayat ini diturunkan, umat manusia akan melakukan perjalanan ke Bulan. (Allah Maha Mengetahui.)
SUMBER 1
SUMBER 2
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam
ABBAS IBN FIRNAS ~ Manusia Pertama Terbang
Abbas Ibn Firnas atau nama sebenarnya 'Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam di Sepanyol yang meninggal pada tahun 888.
Dilahir dan dibesarkan di Sepanyol di mana pada abad ke sembilan AD, keseluruh kawasan selatan Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Empayar Islam Andalusia di bawah pemerintahan Khalifah Islam di Cordova. Ketika itu Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia di mana ia adalah mercu kemuncak Kesenian dan Sains Islam.
Pada tahun 822 masehi, seorang Khalifah 'Abd al-Rahman II menaiki takta dan baginda mengumpul orang - orang yang berkebolehan di istananya. Diantaranya seorang ahli muzik Iraq bergelar Ziryab ataupun nama sebenarnya, Abu al-Hasan 'Ali ibn Nafi'.
Beliau dihalau dari Baghdad oleh seorang guru muzik yang cemburu dengan kebolehannya. Khalifah 'Abd al-Rahman II telah memanggilnya untuk berkhidmat di istana disamping menggajinya dengan gaji yang mewah. Beliau telah digelar "Ziryab" yang bererti Burung hitamdi atas kebolehannya menyanyinya, dan perwatakan dramatiknya.
Semasa di Cordova, Ziryab mencipta membentuk pelbagai muzik baru. Dia turut memperkenalkan lute kepada Sepanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Beliau juga merupakan penaung bagi bidang sains di Cordova. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripada pengikutnya adalah seorang astronomi tempatan yang muda dan penyair bernama 'Abbas Ibn Firnas.

Pada tahun 852, di bawah pemerintahan Khalifah baru, seorang lelakil bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari sebuah menara di Cordova. Dia melayang ke bumi dengan menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan mengalami beberapa kecederaan ringan. Ibn Firnas yang masih muda ketika itu hadir dan menyaksikannya.
Seperti Ziryab, Ibn Firnas turut terbabit dalam pelbagai usaha di dalam mengembangkan ilmu. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia turut menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, serta menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia turut memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengimpot kuartz dari Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.
Diinspirasikan dari semangat Armen Firman, pada tahun 875, Ibn Firnas telah mencipta pelayangnya sendiri, dan menggunakannya melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Walaubagaimanapun, beliau gagal mendarat dengan baik. Beliau mengalami kecederaan di bahagian belakangnya dan pengkritiknya menyatakan bahawa ketika itu dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dimana Ibn Firnas tidak menyediakan ekor bagi pelayangnya, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Ibn Firnas meninggal dunia dua belas tahun selepas itu, di mana ia mungkin diakibatkan oleh kecederaan yang dialaminya.
Memetik kata - kata Philip Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab :

" Ibn Firnas adalah manusia pertama di dalam sejarah yang melakukan percubaan saintifik untuk terbang. "
Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam pula sepatutnya mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, di mana seribu tahun sebelum Wright menerbangkan kapal terbang mereka, Ibn Firnas telah terbang di udara.
Sebagai peringatan terhadap Ibn Firnas, negara Libya telah mengeluarkan stem sebagai memperingatinya. Negara Iraq telah membina patung peringatan di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Manakala sebuah kawan di permukaan bulan iaitu Kawah Ibn Firnas juga dinamakan sempena namanya.
Wallahua'lam
ORBIT BULAN UMPAMA TANDAN KURMA
Sebuah Kitab yg mengaku dari ALLAH, harus berani dihadapkan dengan segala macam soalan, segala zaman, segala segi, segala sisi, dari sudut manapun, apakah itu dari segi Sastra, matematika, astronomi, sains, tata negara, muamalat, ekonomi, Kode-kode angka, jumlah surah, jumlah ayat, jumlah kalimat, jumlah huruf, segala ilmu, segala abad, sejak penciptaan alam semesta, masa lalu, masa kini, masa depan, sehingga masa kiamat & kehidupan setelah kiamat sekalipun
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (Surah An-Nisaa': ayat 82)
Dan zaman ini ialah zaman ilmu pengetahuan, apakah Qur'an dapat mengikuti perkembangan zaman???
Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga kembalilah dia sebagai bentuk tandan kurma tua. ( Surah Yaasin : ayat 39 )
Bulan tidak mengikuti orbit biasa seperti satelit planet planet lain. Kerana orbitnya ialah bumi, bulan terkadang bergerak dibelakang bumi dan terkadang di depan bersamaan dengan berputarnya bumi mengelilingi matahari, yang akan menghasilkan jalan orbit bulan nampak seperti huruf S di angkasa.
Jalur ini, yang dibentuk oleh bulan di angkasa, telah dijelaskan dalam Qur’an sebagai tangkai sebuah kurma yg tua atau matang.
Yang mengagumkan, kata “Urjuun” yang digunakan oleh Qur’an memiliki erti tipis dan tangkai kurma yang memelintir dan digunakan juga untuk menggambarkan jika buahnya telah matang sangat.
Wallahua'lam
Kata yg digambarkan dalam kurma ini ialah tua yang terbukti memang kurma tua lebih tipis dan lebih melilit/berpilin.
Mustahil sama sekali orang dapat mengetahui pengetahuan tentang bentuk orbit bulan 1400 tahun yang lalu.
Jalan dari orbit bulan ini telah dibuktikan oleh penelitian ilmiah abad ke-20, menandakan jika Qur'an memang Mukjizat ilmiah yg berlaku sepanjang masa dan berasal dari MAHA PENCIPTA Alam Semesta.
SUMBER
Mustahil sama sekali orang dapat mengetahui pengetahuan tentang bentuk orbit bulan 1400 tahun yang lalu.
Jalan dari orbit bulan ini telah dibuktikan oleh penelitian ilmiah abad ke-20, menandakan jika Qur'an memang Mukjizat ilmiah yg berlaku sepanjang masa dan berasal dari MAHA PENCIPTA Alam Semesta.
SUMBER
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam
Thursday, 8 March 2012
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ
اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ
شَيْءٍ عَلِيمٌ (29)
Dia-lah Allah yang
menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap
langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala
sesuatu.Surah al-Baqarah;29
Subscribe to:
Posts (Atom)